Ahad, 7 Mac 2010

Apa Itu Kurikulum?

Kurikulum
Definisi kurikulum
Kurikulum ialah spesifikasi yang bertujuan untuk mengkomunikasikan keperluan dan kandungan untuk suatu cadangan pendidikan dalam bentuk yang boleh diterjemahkan secara berkesan dalam praktikal. (Stenhouse, 1971)
Soalan penting
• Apakah langkah yang diambil untuk menggubal kurikulum?
• Bagaimanakah kurikulum digubal?
• Apakah elemen-elemen dalam penggubalan kurikulum dan bagaimanakah elemen-elemen tersebut berhubung dengan yang lain secara konseptual?

Sesuatu teori Kurikulum kurikulum mesti menyentuh aspek-aspek berikut:

1. Kurikulum sebagai unsur budaya/ ilmu pengetahuan
? Teori Kurikulum harus mempunyai ulasan tentang apakah unsur budaya/ ilmu pengetahuan yang hendak dikenalpasti.
? Apakah yang ingin diajar?

2. Kurikulum ialah untuk kumpulan pelajar tertentu
? Teori Kurikulum harus menguraikan kumpulan pelajar yang dibenarkan mempelajari mata pelajaran tertentu.
? Siapakah yang diajar?

3. Kurikulum membantu guru/pendidik mengajar
? Teori Kurikulum harus mempunyai ulasan tentang apakah unsur budaya/ ilmu pengetahuan yang gunakan oleh guru.
? Harus menyatakan reka bentuk kurikulum
? Tujuan, matlamat, objektif, isi kandungan…
• Apakah reka bentuk kurikulum?

4. Konteks sosial, politik, ekonomi sentiasa berubah
? Teori kurikulum harus menghuraikan cara unsur budaya/ ilmu pengetahuan yang menyebabkan kurikulum berubah-ubah merentasi masa.
? Teori kurikulum harus menghuraikan perkembangan kurikulum
Bagaimana perubahan masyarakat mempengaruhi perubahan kurikulum.


Reka Bentuk Kurikulum mengikut Tyler, Taba dan Stenhouse
Ralph tyler
• Pengaruh penting dari 1949

Empat soalan mesti dijawab semasa menggubal kurikulum.
1. Apakah tujuan pendidikan yang ingin dicapai?
2. Apakah pengalaman pendidikan untuk mencapai tujuan pendidikan ?
3. Bagaimanakah pengalaman pendidikan disusun?
4. Adakah tujuan pendidikan telah dicapai?
Hilda taba
• Penggubalan kurikulum haruslah sistematik, objektif, saintifiik dan berorientasi penyelidikan
• Andaian pembelajaran tujuan penting bagi sekolah
• “curricula are designed so that students may learn”
• Lebih preskriptif daripada tyler
Taba mencadangkan tujuh langkah semasa menggubal kurikulum.
• Urutan 7 langkah
1. Diagnosis keperluan
2. Pembentukan objektif
3. Pemilihan isi kandungan
4. Penyususunan isi kandungan
5. Pemilihan pengalaman pembelajaran
6. Penyususunan pengalaman pembelajaran
7. Penentuan apa yang dinilai dan caranya
Model Stenhouse
– Kurikulum ialah satu proses.
– Kurikulum berkaitan dengan interaksi antara guru, pelajar dan ilmu.
– Kurikulum ialah sesuatu yang berlaku dalam bilik darjah.
– Digunakan sebagai panduan penyediaan pengajaran.
– Pembelajaran ialah spesifikasi tentang amalan pengajaran
- Pembelajaran adalah berpusat kepada murid.
– Proses pembelajaran merupakan tugas utama guru.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan kurikulum
1 Amalan P&P
2 Kegiatan kokurikulum
3 Perkongsian bestari
4 Budaya
5 Bahan P&P
6 Tenaga Pengajar
7 Kewangan
Dr Chua Yan Piaw - Nota Lecture (KPLI-R)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan