Ahad, 7 Mac 2010

Sejarah PKG Arau

Sejarah Ringkas PKG Arau

Perancangan penubuhan Pusat Kegiatan Guru (PKG) telah dibuat oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementeria Pelajaran Malaysia. Pusat Kegiatan pada mulanya dikenali sebagai Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD).

Ia bermuda pada awal tahun 1986 dengan pembekalan secara berperingkat-peringkat bagi menghasilkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran serta memberikan perkhidmatan kepada guru-guru di sekolah yang terlibat. Pusat Sumber Pendidikan Daerah ( PSPD ) pada mulanya menumpang di Sekolah Tengku Budriah, Arau. Sekolah ini di pilih kerana ianya terletak di satu lokasi yang ‘sentral’ kepada sekolah-sekolah kelompok yang akan menggunakan kemudahan serta perkhidmatannya.

Pada mulanya, PSPD Arau mempunyai 11 ahli yang terdiri daripada sekolah-sekolah rendah dan menengah kawasan ini. Sekolah-sekolah itu ialah :

1. Sekolah Tengku Budriah

2. Sekolah Kebangsaan Pauh

3. Sekolah Kebangsaan Arau

4. Sekolah Kebangsaan LKTP Chuping

5. Sekolah Kebangsaan Kubang Gajah

6. Sekolah Kebangsaan Guar Nangka

7. SRJK ( C ) Sin Min, Pauh

8. SRJK ( C ) Hwa Aik, Arau

Mulai tahun 1991, Sekolah Menengah dalam kawasan Arau di masukkan menjadi ahli PKG. Diantaranya ialah :

1. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad

2. Sekolah Menengah Vokasional Arau (kini dikenali SM Teknik)

3. Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Alawiyah


Pada 10 Jun 1991, bangunan tetap PKG Arau telah siap dibina. Peralatan-peralatan yang dibekalkan dibawah Projek Bank Dunia pada mulanya ditempatkan di PSPD dipindahkan secara berperingkat-peringkat ke bangunan PKG ini.

Sejak PSPD ditubuhkan, ianya diuruskan oleh Guru PSS Sekolah berkenaan sehinggalah pihak Jabatan Pendidikan menempatkan seorang pegawai penyelaras untuk ditugaskan di PKG. Pegawai-pegawai yang telah berkhidmat di PKG Arau sejak ianya ditubuhkan ialah :

1. En. Wan Kamaruddin Bin Wan Ahmad

2. Puan Som Bt Abas

3. En. Mahmud Bin Ismail

4. En. Abdul Aziz Bin Said

5. Pn. Zaiton Bt Minhad

6. En. Ghazali Bin Hanafi.

Sekarang, PKG Arau mempunya 14 buah sekolah ahli dengan bertambahnya 3 buah sekolah baru iaitu :
1 ) Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Siding.

2 ) Sekolah Menengah Al-Maad.

3 ) Sekolah Rendah Islam 3 ( Chuping ).

Secara ringkasnya sekolah dalam PKG Arau boleh lah dibahagikan kepada :
1 ) Sek. Keb : 6 buah
2 ) SRJK ( C ) : 2 buah
3 ) SR Islam : 1 buah
4 ) SMK : 5 buah.

BTPN Perlis telah menempatkan 3 orang kakitangan untuk menjalankan tugas di PKG Arau yang terdiri daripada :
1) Encik Amir Faisol Bin Shafie - PTP 1
2) Encik Zulkhairi Bin Ramli - PTP 2
3) Puan Zarinah Binti Mohd Zain - PT N17.
4) Encik Mohd Sanim bin Bukhori _ FT 17

Tiada ulasan:

Catat Ulasan